Jam dah tunjukkan pukul 3 pagi..saat orang lain sedang nyenyak tidur aku macam ni lah...rutin harian..sekarang baru nak buat kerja..entah pukul berapa aku nak tidur pon tak tahula ni..kadang tu aku tahu apa yang aku buat ni bakal memakan diri aku sendiri..bukannya badan aku tak penat..tapi entahla...ini je waktu yang sesuai untuk aku selesaikan kerja-kerja aku yang banyak tergendala tu..bila aku pikirkan biarlah..asalkan aku berjaya siapkan kerja aku...
Malam ni aku nak share sesuatu yang mungkin dah banyak aku pelajari dan aku dapat dari sekeliling aku.. aku panggilkannya sebagai the real of the world life today.. mungkin apa yang aku rasa hari ini tak seperti orang lain... mungkin aku terlalu berani lalui semua ni..sampaikan satu tahap aku terjerumus dalam keadaan yang aku tak pernah lalui semua ni.. kadang tu jauh di sudut aku ni menyesal dengan apa yang dah berlaku hari ini..tapi cepat2 aku buang sebab apa yang aku dapat hari ini amat bermakna untuk masa depan aku satu hari nanti..
Perit hari ini mungkin tak pernah aku lalui selama ni...sampai satu saat bila aku sendiri air mata aku mengalir sendiri..kadang aku terpikir aku akan lari dari semua ni..bukannya aku nak lari dari masalah..tetapi sebab aku nak mencari ketenangan yang dah lama aku tak dapat dalam hidup aku ni..mungkin saat tu nanti ada insan yang akan terluka dengan kehilangan aku..tapi sedarlah yang apa yang aku buat ketika itu penuh dengan sebabnya..
Bila hari ini kita ada diatas..bila hari ini kita ada dihadapan..dan bila hari ini kita ada segala yang kita impikan...jangan mudah melatah..jangan tamak..dan jangan angkuh dengan apa yang kita miliki...ingat bahawa suatu ketika dahulu kita pernah dibawah...kita pernah meminta simpati...dan kita pernah menangis untuk sampai ke tahap yang kita impikan ini..ingatlah bahawa hukum karma itu wujud... its call what you give you will get back..!!

No comments:
Post a Comment